Posts

Buat Kenyataan Angkuh, Netizen Mahu Boikot Neelofa

Image
  Hangat diperkatakan berhubung isu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dakwaan berbulan madu di Langkawi, Isnin lalu, selebriti popular Neelofa tampil memberikan jawapan.   Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan jawapan diberikan kerana Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan, bukan memberikan kenyataan berbaur angkuh.  BACA: Neelofa Akhirnya Buka Mulut Isu Langgar SOP   Susulan itu, ada yang mahu memboikot selebriti popular itu termasuk produk keluarannya. Malah, ada netizen mengatakan tidak lagi meminati selebriti itu selepas isu berkenaan.  "Selain tudung dan susu pisang, apa lagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot?”. "Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang.   "Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan," tulis seorang netizen.   Terdahulu, Neelofa memohon orang ramai memberikan di...

Hans Isaac Bakal Bertanding PRU15?

Image
Nampaknya mungkin selepas ini pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bakal terjun ke dunia politik apabila namanya disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.  Namun, Hans berkata ia terpulang kepada parti dan juga masyarakat setempat sama ada mahu memilihnya sebagai calon atau pun sebaliknya. Jelasnya, objektifnya pada ketika ini adalah untuk membantu masyarakat di Ampang.  BACA: Hans Isaac Pulangkan Gaji Selama 13 Bulan Sebagai Pengerusi FINAS   "Objektif saya adalah untuk terus memberikan fokus bagi membantu masyarakat di Ampang. Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang," katanya. Hans berkata pasukannya dikenali “Kita Budak Ampang” memberi fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat.  Katanya lagi, politik di negara ini memerlukan calon muka baru apabila dilihat didominasi ramai ahli politik yang lebi...

Gossip: Aliff Aziz Suka Memberi Harapan Kepada Gadis, Zarina Anjoulie Mangsa Terbaru?

Image
Sebelum pertanyaan timbul akan siapakah gerangan dalam gambar di'sebelah ini, ia merupakan sang Aliff Aziz bersama Zarina Anjoulie berpelukan dalam sebuah kereta. Lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun Twitter rasmi beliau menulis sesuatu tentang Aliff Aziz yang sebenarnya kurang senang untuk anda semua baca, Zarina Anjoulie menulis yang Aliff Aziz telah menipu diri beliau dan meminta penyanyi kelahiran bumi Singapura itu untuk datang minta maaf atas kesilapan tersebut. Tidak kami pasti apa penipuan yang terlibat tetapi Zarina Anjoulie turut menulis yang beliau kini mempunyai cukup bukti untuk memberitahu media apa yang telah Aliff Aziz lakukan kepada beliau pada 'malam tersebut'. Haa. Aliff Aziz yang berjaya wartawan Rotikaya.com hubungi sebentar tadi enggan memberikan sebarang komen tentang isu ini dan berjanji akan memberikan kenyataan apabila beliau sudah bersedia. Namun, berdasarkan gambar di'bawah yang di'kongsi oleh Zarina Anjoulie di Twi...

Kurang Senang Dengan Artikel Tentang Soal Pilihan Hati, Nur Fazura Luah Perasaan Di Twitter

Image
Bertuah sebenarnya selebriti hari ini kerana mempunyai medium yang efektif untuk menjawab apa apa yang tidak benar di media. Ini kisah Nur Fazura yang kurang senang dengan tulisan sebuah artikel dari akhbar tempatan yang menyentuh isu peribadi dan soal pilihan hati beliau. Dalam artikel tersebut, penulis mendakwa yang Fazura sudah pun mempunyai pilihan hati sendiri & mengaku sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Namun, Nur Fazura yang terkejut dengan maksud sebenar artikel itu terus memberikan penjelasan kepada para peminat beliau khas'nya dan juga peminat dunia hiburan Malaysia yang ingin tahu kisah lanjut soal perkahwinan Nur Fazura. Menurut Nur Fazura, beliau bukan seorang selebriti yang gemar untuk mendedahkan maklumat perkahwinan untuk publisiti murahan dan tidak menyangka yang apa yang keluar dari mulut beliau di'manipulasi. Mendedahkan kepada pengikut Twitter beliau, temubual bersama wartawan ketika itu adalah semata mata untuk promosi filem Bujang ...