Buat Kenyataan Angkuh, Netizen Mahu Boikot Neelofa

 


Hangat diperkatakan berhubung isu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dakwaan berbulan madu di Langkawi, Isnin lalu, selebriti popular Neelofa tampil memberikan jawapan. 

 Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan jawapan diberikan kerana Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan, bukan memberikan kenyataan berbaur angkuh. 

BACA: Neelofa Akhirnya Buka Mulut Isu Langgar SOP 

Susulan itu, ada yang mahu memboikot selebriti popular itu termasuk produk keluarannya. Malah, ada netizen mengatakan tidak lagi meminati selebriti itu selepas isu berkenaan. 

"Selain tudung dan susu pisang, apa lagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot?”. "Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang. 

 "Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan," tulis seorang netizen. 

 Terdahulu, Neelofa memohon orang ramai memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan isu tersebut secara profesional dan tenang.

Post a Comment

0 Comments