Thursday, February 9, 2012

Gossip: Aliff Aziz Suka Memberi Harapan Kepada Gadis, Zarina Anjoulie Mangsa Terbaru?

Sebelum pertanyaan timbul akan siapakah gerangan dalam gambar di'sebelah ini, ia merupakan sang Aliff Aziz bersama Zarina Anjoulie berpelukan dalam sebuah kereta.

Lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun Twitter rasmi beliau menulis sesuatu tentang Aliff Aziz yang sebenarnya kurang senang untuk anda semua baca,

Zarina Anjoulie menulis yang Aliff Aziz telah menipu diri beliau dan meminta penyanyi kelahiran bumi Singapura itu untuk datang minta maaf atas kesilapan tersebut.

Tidak kami pasti apa penipuan yang terlibat tetapi Zarina Anjoulie turut menulis yang beliau kini mempunyai cukup bukti untuk memberitahu media apa yang telah Aliff Aziz lakukan kepada beliau pada 'malam tersebut'. Haa.

Aliff Aziz yang berjaya wartawan Rotikaya.com hubungi sebentar tadi enggan memberikan sebarang komen tentang isu ini dan berjanji akan memberikan kenyataan apabila beliau sudah bersedia.



Namun, berdasarkan gambar di'bawah yang di'kongsi oleh Zarina Anjoulie di Twitter memberikan sedikit gambaran tentang apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua baru baru ini.


Menurut salah seorang 'bekas mangsa' Aliff Aziz yang kami hubungi berkata Aliif Aziz sememangnya seorang lelaki yang gemar memberikan harapan kepada gadis yang beliau kenali dengan menggunakan kata kata & panggilan manis buat si gadis.

Adakah Zarina Anjoulie mangsa terbaru? LINK CERITA ASAL - http://www.rotikaya.com/gossip-aliff-aziz-suka-memberi-harapan-kepada-gadis-zarina-anjoulie-mangsa-terbaru/

Kurang Senang Dengan Artikel Tentang Soal Pilihan Hati, Nur Fazura Luah Perasaan Di Twitter

Bertuah sebenarnya selebriti hari ini kerana mempunyai medium yang efektif untuk menjawab apa apa yang tidak benar di media.

Ini kisah Nur Fazura yang kurang senang dengan tulisan sebuah artikel dari akhbar tempatan yang menyentuh isu peribadi dan soal pilihan hati beliau.

Dalam artikel tersebut, penulis mendakwa yang Fazura sudah pun mempunyai pilihan hati sendiri & mengaku sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga.

Namun, Nur Fazura yang terkejut dengan maksud sebenar artikel itu terus memberikan penjelasan kepada para peminat beliau khas'nya dan juga peminat dunia hiburan Malaysia yang ingin tahu kisah lanjut soal perkahwinan Nur Fazura.

Menurut Nur Fazura, beliau bukan seorang selebriti yang gemar untuk mendedahkan maklumat perkahwinan untuk publisiti murahan dan tidak menyangka yang apa yang keluar dari mulut beliau di'manipulasi.

Mendedahkan kepada pengikut Twitter beliau, temubual bersama wartawan ketika itu adalah semata mata untuk promosi filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur dan tidak sekali pun bercakap soal peribadi.

LINK CERITA ASALhttp://www.rotikaya.com/kurang-senang-dengan-artikel-tentang-soal-pilihan-hati-nur-fazura-luah-perasaan-di-twitter/